Monday, 29 December 2014

Homestay @ Melur Apartment


SELAMAT DATANG KE ....



Master Bedroom with Air-cond



2nd Bedroom


                                                                    Living room

Dining Room




Room Features:

2nd Floor Apartment with lift
1 covered parking
Master bedroom with air cond (Queen bed)
2nd bedroom with fan ( 2 single bed )
2 toilets
Sofa
32 " LCD TV
Dining (4 seater)
Iron facilities
Cofffee & Tea Maker
Mini bar

Location :
Seksyen 5 Bandar Baru Bangi 

Near to :
UKM, GMI , MFI, INSPEN, UNITEN, KLIUC, BAnking Training Center, Putrajaya, ILKAP, KWSP, KTM UKM, Hentian KAjang, Bangi Golf Resort, Danau Golf Resort (UKM)

Shopping :
PKNS, Bangi Gateway, Metro Kajang, Downtown Jalan Reko, Alamanda, Kompleks Diomand ,
 IOI City Mall

Rate :
RM200/day (weekday)
RM250/day (weekend)

Deposit : 
RM100 

Call/whatsapp :

012-604 6419 (Fiza)


017-303 8568 (Zul)







Tuesday, 16 December 2014

Projek Homestay (Apartment)

Sejak akhir-akhir ni, sibuk menyiapkan Projek Apartment aku
 yang nak dibuat "Homestay"....
Memandangkan aku agak cerewet ,
 maka Apartment yang baru siap ni aku rancang nak sewa secara harian je .....
Kalau nak disewa bulanan , memang tiada masalah,,,
memang tiap-tiap hari agent beritahu ada penyewa..
.tapi memandangkan kebersihan dan kebajikan rumah tidak terjamin..baik disewa secara harian. KAlau ada saudara mara yang sesat pun 
blh je tumpang kat sini, kalau dia segan nak tidur di rumah la.

Kos permulaan untuk menyediakan kelengkapan rumah ni pun kira besar juga...sikit2...lama-lama banyak jugak....
seronok sangat menghias rumah baru...
walaupun tak berapa besar, tapi seronok dan teruja menghiasnya....

Nanti kita lihat hasilnya selepas rumah ni siap dilengkapkan dengan perabot sebelum diiklankan....







Ruang tamu n ruang makan & dapur


Bilik Utama


Bilik ke-2




Bilik ke-3



Tuesday, 9 December 2014

SK@SJKC

Sekali lagi keadaan yg dulunya aku alami untuk Razin....berulang semula untuk NAdim.
Dulu Razin sekolah tadika cina sebelah je dgn sekolah yang aku, jadi senang la untuk aku hantar dan ambil dia balik tadika tu Tadika Ho, S.Serdang. 


HAbis tempoh tadika 2 tahun, aku masukkan dia ke SJKC Sg. Chua , KAjang. MAsalah utama adalah pengangkutan. NAsib baik ada tempat transit (tadika cina jugak). Jadi Razin pun duduk la di situ selama 4 tahun. Sampai la tadika tu tutup awal tahun ni, jadi cari lagi sapa yang blh ambil dia balik sekolah. Nasib baik JAGa sekolah dia tu sanggup nak ambil dia balik sekolah dan terus hantar ke rumah....selamat.


Pasal makan, aku tak risau sangat sebab dah ajar / pesan kat dia, jangan beli makanan dikantin dan jangan makanan di taska. Jadi dia faham...dan yang paling penting kita berkorban setiap pagi untuk sediakan makanan /bekal untuk dia setiap hari. Alah bisa tegal biasa....

NADIM....kini tiba lagi keadaan yang memeningkan kepala...
tahun depan dah 5 tahun....tapi memang liat sangat dia nak ke sekolah....macam-macam alasan yg diberi....

sedar tak sedar kejap je masa berlalu ....

baru berusia 2 hari
waktu ni Nadim 5 bulan
2 bulan
NadIM n NUrin
1 tahun
2 tahun





3 tahun....memang pandai bergaya...
Kalau ikut hati memang nak hantar SJKC je.....cuma sekarang ni di Bangi...susah nak cari tadika aliran Cina...kalau di KAjang banyak..tapi masalah pengangkutan pulak......masih mencari sehingga sekarang....

Monday, 24 November 2014

Sikap Pemandu

  



Sikap adalah faktor utama yang menyumbang kepada kes-kes kemalangan. Sebelum ni saya kaitkan sikap dengan cuaca dimana cuaca yang panas di negara kita mudah membuatkan kita hilang sabar semasa dalam pemanduan. 

Berbanding dengan di negara-negara yang bercuaca sederhana/sejuk yang mana rakyatnya lebih "cool" berbanding kita.  Namun begitu, apabila saya ke Vietnam yang mempunyai cuaca yang sama panas dengan kita di Malaysia, faktor cuaca tidak begitu berkesan untuk dikaitkan dengan sikap pemandu-pemandu di sana. Simpang Empat yang tiada lampu isyarat masih boleh dilalu dengan selamat oleh penunggang motosikal yang memang banyak. Begitu juga dengan pejalan kaki dimana kanak-kanak boleh melintas dengan selamat. Saya yang didalam bas, takut melihat kesesakan itu akan mengundang kemalangan. Namun semuanya berjalan lancar kerana adanya sikap bertolak ansur di kalangan pengguna jalan raya. Saya cukup kagum dengan situasi yang saya lihat. 

Jadi apa-apapun SIKAP yang memainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan harian kita.

 


*semua gambar dari sumber En. Google

Sunday, 9 November 2014

Buaian IKea

Bila tengok pergola dah teduh dengan rimbunan pokok Akar Dani.....maka best la kalau ada buai kat bawah dia.....blh duk berbuai petang2 ke....

Dari sehari-hari nak beli buai kat Ikea tu...tapi bila pergi je sana, mesti lupa nak cari buai tu....sebab dah leka tgok benda lain...

 Jadi dengan kreativiti yang dimiliki, maka tergantung la buaian di kat bawah pergola tu....


not badddd....

tak dapat beli buaian Ikea tu...maka kerusi rotan Ikea ni jadi buaian....


so ni jadi tempat persinggahan waktu petang dan pagi sementara nak tunggu kereta datang untuk pergi sekolah ......
Razin pulak memang selalu duk berbuai kat sini ...sambil berangannnn



sukenya Uzayr....

Thursday, 6 November 2014

Fareeda Soffiya

LAgi Tudung Fareeda untuk dijual (Clear Stock )

Sapa yang berminat blh call @ whatsapp 012 6046419




Thursday, 16 October 2014

Ottoman n kusyen

Menjahit memang salah satu hobi @ benda yang aku suka buat.
Apa2 benda yang berkaitan dengan kain...aku suka
Kain baju ke, basuh kain ke....lipat kain baju ke....
berkontena lipat baju pun aku tak kisah.....




bila lihat baju bergantungan ...menjadi satu terapi untuk aku....
suka lihat baju tu tersusun bila disidai....
kalau kat kampung lagi suka....
terutama bila ampai yang terbuka ....tali yang diikat kat pokok tu...
rasa tenang bila tengok baju yang tersidai tu, ditiup anginnnnn
memang syokkkkk

tapi kalau suh masak.....aku takkkkk suka ....



ye...keee????

Tak kira la...aku memang tak suka masak...sebab....
aku tak suka tengok dapur kotor bila masak
Tapi bukan maknanye aku tak masak langsungg....
Hampir setiap pagi aku sediakan bekal untuk anak ke sekolah

Mungkin sebab itu la "jodoh" aku adalah orang yang suka masakkk....
tapi dia tak suka basuh /lipat kain....
so semua pasal basuh n lipat kain....aku kautt ..masakkk dia kaut.
....adil la kan ...buat benda yang kita suka

So ni antara kerja aku waktu hujung minggu hari tu....
satu hari siap....jahit sarung Ottoman dan sarung kusyen




kain ni aku beli kat SSF Home Puchong...memang best gi sana sebab banyak barang rumah yang aku suka kat sana....bunga2 dia pun cantik2



Wednesday, 15 October 2014

Daging Korban

Raya Haji balik Sabak Bernam....jadi banyaklah daging-daging korban di bawa balik.
Bila nak makan tak tau la
Nurin , awal2 lagi dah pesan suh buat daging paprik...


Kalau tulang2 tu jawabnya supppp je la
  

suppp BABA...memang terbaikkkk

so disebabkan daging je...kita tamabah sayur lagi....
disebabkan seafood kat Sg. Besar ni murah...maka singgah pasar Sg. Besar....beli lagi stok makanan..

Ketam...sotong...udang dan ikan sebelah.....



memang kenyang sesangat menu yang BABA sediakan utk makan malam kami.....
"kalah makan kat kedai"....
Terima kasih BABA....

Esoknya BABA buat STEAK pulak......




Monday, 1 September 2014

Foyer

Foyer...
ruang pertama yang menyambut kedatangan tetamu...
Lagi simple, lagi menarik ...
Mainan warna dan pilihan aksesori perlu senada...
Agar ia menyerlah...
Layannnnn










 minat yang ni...macam boleh buat sendiri je @ DIY ...tapi ni untuk ruang yang tak formal.