Sikap adalah faktor utama yang menyumbang kepada kes-kes kemalangan. Sebelum ni saya kaitkan sikap dengan cuaca dimana cuaca yang panas di negara kita mudah membuatkan kita hilang sabar semasa dalam pemanduan.
Berbanding dengan di negara-negara yang bercuaca sederhana/sejuk yang mana rakyatnya lebih "cool" berbanding kita. Namun begitu, apabila saya ke Vietnam yang mempunyai cuaca yang sama panas dengan kita di Malaysia, faktor cuaca tidak begitu berkesan untuk dikaitkan dengan sikap pemandu-pemandu di sana. Simpang Empat yang tiada lampu isyarat masih boleh dilalu dengan selamat oleh penunggang motosikal yang memang banyak. Begitu juga dengan pejalan kaki dimana kanak-kanak boleh melintas dengan selamat. Saya yang didalam bas, takut melihat kesesakan itu akan mengundang kemalangan. Namun semuanya berjalan lancar kerana adanya sikap bertolak ansur di kalangan pengguna jalan raya. Saya cukup kagum dengan situasi yang saya lihat.
Jadi apa-apapun SIKAP yang memainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan harian kita.

*semua gambar dari sumber En. Google