Seperti biasa setiap hari persekolahan, memang
menjadi rutin aku untuk masak setiap pagi. Biasanya aku bangun pkul 5....atau kekkadang terlajak sampai pkul 5.30 pagi. Walau apa pun aku tetap akan sediakan bekalan untuk anak-anakku. Terutama bila mengenangkan Razin yang bersekolah di SJKC...mau tak mau memang kena bawa bekal sbb kalau tak dia akan kelaparan. Tahun sebelumnya...kalau tak sempat
aku akan singgah beli makanan di tepi jalan...Tapi tahun ni aku nekad nak sediakan setiap hari. Alhamdulilah setakat hari ni masih berjaya menyediakan bekal untuk mereka setiap hari.
Meskipun aku ni kira PEMALAS masak,,,,tapi bila waktu pagi-pagi ni aku jadi rajin masak terutama bila mengenangkan mereka yang lapar terutama Insyirah yang selalu tak sempat makan di kantin. Dia ni jenis tak pandai nak berebut2 beratur kat kantin...jadi selalu x dapat makan sebab masa rehat dah habis. Jadi bila ada bekal ni, dia boleh makan bila2 ...dalam kelaspun boleh curi2 makan.

Hari ni aku masak NAsi Goreng + ayam goreng + burger daging. Cukup la untuk dialas perut sebelum balik rumah pkul 3 ptg. Semalam aku masak nasi lemak. Punyala sakan aku kunci jam 4.45 tapi terjaga pukul 5.30. Dalam masa setengah jam tu....aku sempatlah masak nasi, sambal & goreng ayam. Dalam masa yang sama jugak aku mandi, bersiap...lepas je sembahyang subuh 6.25 aku keluar gi hantar Razin dan terus ke pejabat. Macam tu setiap hari. Akupun bawa bekal gi pejabat...senang...tak payah gi cafe...jimat duit dan masa. Orang selalu tanya sempat masak pagi2...dengan nak gi kerja lagi pkul 6.20 am...aku jawap senang je...." Kalau nak tu sempat aje....yang tak sempat tu, kalau tak nak". Kalau fikir logik, memang macam tak sempat....tapi kalau dah niat tu, Insyaallah Allah permudahkan kita. Akupun kadang2 fikir memang tak sempat sebab aku ni jenis semua buat pada pagi tu jugak...Dlm masa 1/2 jam tu, masak....sediakan bahan...mandi...on mesin basuh....kemas rumah mana yang patut...kejutkan razin...iron baju n tudung (kalau perlu , kalu tak ambil baju n tudung yg x perlu iron)...x logikkan.....tapi Alhamdulilah.. keluar rumah dalam 6.20, hantar razin 6.44 mesti sampai sekolah dia dan 6.55-7 aku sampai pejabat.

Tahun ni dia UPSR , jadi sekolah dia dah mula kelas tambahan sejak bulan Januari lagi....jadi setiap hari blk pkul 3. Klau dulu kakak2 dia yang bersekolah di SK, kelas tambahan hanya bermula dlm pertengahan tahun. Jadi SJKC lebih "advance" dari SK. Kalau cemerlang, Alhamdulillah...namun bagiku itu bukan matlamat utama...Ilmu yang dia dapat setiap hari itupun dah memadai bagi aku...