16 Mei - HAri Guru
Penuh wall samada di FB ataupun whatsapp yang mengucapkan Selamat hari Guru. Satu ucapan yang setiap tahun akan diterima setiap kali 16 mei datang.....gembira , walaupun kini aku tidak mengajar...namun selagi mana masih memegang Gred DG....panggilan Cikgu tu akan sentiasa ada walau dimana sahaja.
16 Mei lalu aku bawa anak2 gi Bayou Lagoon di Ayer Keroh...biasanya memang kami akan pergi jalan sebelum cuti sekolah...malas nak bersesak2 di jalan raya dan juga di mana-mana hotel @ tempat tarikan pelancong.
NAmun ...hari guru 16 Mei 2015...mungkin akan sentiasa aku ingati sebab salah satu post di Wall FB dan juga di whatsapp...aku terima berita Kematian...kawan sepejabat yg sesangat rapat...KEmalangan....berkali2 aku baca....mimpi ke....sebab masa tu aku tgok hp selepas solat subuh.
Numun itu la hakikatnya...bukan mimpi!
Pagi sebelum kejadian dalam pkul 11.12....arwah sempat berwahtsapp dengan aku....pasal kerja..dan dia kemalangan jam 3 ptg....
Sesungguhnya kematian itu hadir tanpa kita sedar , sedia @ tidak, ia pasti datang...bila ?????
Lahir, kita boleh jangka...tapi mati....
Sesungguhnya arwah memang seorang kawan yang tersangat baik....akan sentiasa menolong orang lain selagi mampu....percakapan dan kelakuan yang santun....susah nak terima bahawa dia dah tiada...

Tinggal kenangan....semoga perjalanannya kesana dipermudahkan dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman....Amin.