Biasanye buat Facil Treatment di herbaline.com.my iaitu di cawangan Kajang sejak 2011 lagi.
Yang best kat sini sebab dia tak de jual pakej seperti kat tempat lain. Jadi "free" nak buat ke tak nak. Ada masa buat....tapi call dulu sebelum datang ...takut menunggu lama pulak nanti. Setakat ni puas hati la buat rawatan di sini ....tak macam kat lama dulu....lepas buat mesti muka merah 2-3 hari baru reda.
So buat " facial " kat sini biasanya dalam 2 jam...harga terpulang pada jenis kulit dan masalah kulit muka....dia akan cadangkan rawatan yang sesuai dengan masalah kulit muka kita. Jadi biasanya kos rawatan yang biasa saya buat adalah RM149.
Bila sampai je...dia akan bagi kita tuala panas/suam untuk lap tangan dan air minum ( kurma cina campurrr...tak ingat plak)
Sebelum buat rawatan , ada buat " salt food spa" dulu...
lepas tu dia bawa kita hidu bau....serai +++....
lepas tu baru la kita dibawa masuk ke bilik rawatan. Masa rawatan memang boleh tidurrr.....best je...cuci muka....vacume muka ....wap muka...
bab yang tak best bila masa nak buang blackhead/white head....sakit....tapi masih boleh tahan ...lepas tu dia "polish" muka kita ....setiap kali dia "polish" aku mesti terbayang orang "polish lantai marble"....best je...sejukkk
last sekali mesti pakai Bio Mask
sejukkkkkk....bila mask ni diletakkan dimuka....
sambil2 tu dia akan urut kepala...bahu...tangan dan bahu hingga ke belakang. Lega sikit bila kena urut sebab 2 jam terlentang...memang sakit belakang.
lepas habis rawatan dia akan bagi kita minuman (serai + halia +gula batu)...sedap
Klau pasal Oil Seed ni , dia akan "cakar" sikit kat oil seed tu...guna macam jarum...tapi x sakit la....lepas tu baru dia letakkan ubat/ cecair dari ekstrak buah Gajus
memang agak sakit waktu dia letak benda ni...pedihhhh....so oil seed ni akan kering dan dalam masa 2 hari kuping dia akan tanggal...so hilang la....dia caj utk oil seed removal ni RM 100 (first trial)... lebih kurang 15 biji jugak la...banyak juga tu...sebab dia 'berlonggok" kat bawah mata...n bahhagian tepi pipi...so secara kasar tak nampak...bila disuluh ...baru nampak. Bagi kos untuk buat buang oil seed ni, lepas percubaan pertama , dia akan caj RM50 untuk sebiji...mahal tuuu...
Bagi yang mahu cuba boleh la ...sbb oil seed ni memang mencacatkan permukaan kulit....namapak tak bersih...tapi dia boleh muncul balik...so kena kawal pemakanan berminyak...tapi itu yang aku suka!!!
Ini beberapa produk dia yang aku guna kat rumah...