Nak bercuti tapi tak nak pergi jauh2...sebab tentu tersekat dalam "jam" bila balik dari bercuti....jadi...google cari hotel yang dekat-dekat je...
OK la kalau nak habiskan masa di hujung minggu...dekat pun dekat...sekejap je sampai. Masuk kena bayar RM12 untuk dewasa dan RM 8 (4-11 thn) utk kanak2. Tapi kalau kita stay kat hotel , dia akan pulang balik duit tu (tapi utk 2 orang dewasa je = RM 24)..sebab kita check in hotel utk 2 orang dewasa.
So lps tu boleh la nak pergi Japanese Tea Garden dan Taman Botanic (sebelah je) . Kami pergi guna trem @ bas dia je ...senang....Tapi ingattt....jangan la pakai kasut bertumit...sebab penat naik tangga dan memang tak sesuai la kasut bertumit gi sini. Pakai selipar jepun lagi bagus @ pakai lofas
lepas tu aktiviti malam .....lps magrib...nurin , insyirah dgn uzayr dah zzzzzzzzzzzzzzzz....So tinggal Nadim n Razin je....pergi merayap kat bawah malam2.
Acara persembahan pentas malam (pkul 10)...tak sesuai utk kanak2 sbb "seksi " sgt penari2 nye. Nasib baik budak berdua tu dah naik sbb nak tgok TV...so kami layan tgok berdua je la.
Esok pagi lps sarapan (first family yg turun makan).....kami pergi ke Animal Park (pun naik bas jugak)..bayaran dikenakan di sini RM 3 utk dewasa.
KAlau nak pergi memanah n main bowling boleh pergi kat Golf Resort dia...tapi kami tak sempat nak gi...
Uzayr n Nadim....penat betul nak kawal budak2 ni terutama Uzayr
ohh...lupa sebelum kami pergi bukit tinggi, kami pergi Kuala Ganda
tgok GAJAHHH
memandangkan kami sampai pagi...pkul 8.30 dah sampai....orang pun tak masuk kerja lagi....so main2 dengan anak gajah je la . Tak dapat nak buat aktiviti mandi dgn gajah sbb aktiviti start pukul 2.30....so lama sangat nak tunggu...so balik pergi Temerloh pulak....cari ikan patin utk makan tengah hari. Tapi kami tak makan kat situ, tapau....pergi "picnic" kat Hutan Lipur Lentang ....memang bawa nasi, sambal kerang, ayam mask kicap ...so memang sedap le makan kat tepi sungai tu. So sementara tunggu suami pergi sembahyang jumaat...kami yang pompuan ni lepak je la kat surau sbb nak mandi takut tak boleh kawal budak2 ni.
Lepas balik sembahyang jumaat baru check in hotel di bukit tinggi.
Gambar atas tu Uzayr makan tebu Gajah....selamba dia je makan tebu tu....
uzayr n baba
No comments:
Post a Comment