Sunday, 13 July 2014

Sedekah


Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Rasa tersentuh apabila mendengar ceramah seorang ustaz di dalam radio semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi.

Ceritanya " Ada seorang lelaki di Mesir yang menghidapi penyakit dan dalam keadaan kritikal. Beliau telah mendapatkan rawatan di Mesir, namun doktor mengesyorkannya untuk mendapatkan rawatan pakar di Jerman. Jadi diapun bertolak ke Jerman untuk menemui doktor pakar tersebut. Hasil pemeriksaan, doktor mendapati bahawa penyakitnya berada dalam tahap bahaya dan memerlukan pembedahan segera dibuat. Namun doktor memaklumkan bahawa kejayaan adalah 50-50. Mendengar penjelasan daripada doktor, lelaki itu meminta izin dari doktor tersebut untuk pulang ke Mesir bagi berjumpa dengan keluarga, kenalan dan saudar mara untuk meminta maaf. Beliau takut jika pembedahan tidak berjaya, beliau tidak sempat untuk meminta maaf daripada mereka. Doktor itu mengizinkannya untuk pulang tapi tidak boleh lama kerana takut penyakitnya menjadi semakin parah.

Maka beliaupun terbang kembali ke Mesir untuk berjumpa kelurga , sahabat dan saudara maranya.  Dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau ternampak seorang perempuan tua sedang mengutip sisa-sisa tulang di sebuah restoran. Lalu beliau telah berhenti dan menghampiri perempuan tua tersebut. " Kenapa mak cik pungut tulang-tulang ni semua ? Balas makcik tersebut " saya telah berjaniji dah bertahun dengan anak-anak saya untuk membelikan daging sebagai makanan mereka. Namun sehingga kini saya masih tidak mampu menunaikan janji tersebut. Jadi saya kutip tulang-tulang ini yang masih terdapat sisa-sisa daging untuk menjadi makanan mereka ". Apabila mendengan penerangan perempuan tua tersebut, maka lelaki itu membawanya ke sebuah kedai daging. Dia memberitahu pemilik kedai tersebut supaya memberikan perempuan tua itu daging setiap hari selama setahun. Lalu dia membayar harga daging itu untuk tempoh satu tahun. Perempuan itu mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar lelaki itu memperolehi rezeki yang banyak dan kesihatan yang baik.

Setelah itu, lelaki itupun pulang ke rumah untuk bertemu keluarga dan sahabat handainya untuk meminta maaf jika ditakdirkan dia tidak sempat berjumpa dengan mereka setelah pembedahan dilakukan ke atasnya. Maka diapun kembali ke Jerman dan bersedia untuk membuat pembedahan. Sebelum pembedahan dibuat, doktor telah membuat pemeriksaan keatasnya. Doktor itu bertanya kepada lelaki itu " Apakah ubat yang telah kamu ambil sewaktu pulang ke Mesir? Lelaki itu menjawab dia tidak mengambil sebarang ubat kecuali ubat yang telah doktor bekalkan untuk saya. Doktor itu kurang percaya kerana menurutnya penyakit yang dihadapi oleh lelaki itu telah sembuh sepenuhnya tanpa perlu pembedahan." Ternya ubat yang kamu ambil adalah ubat yang paling mujarab yang telah menyembuhkan penyakit kamu" Kata doktor itu.  Mendengar kata-kata doktor tersebut, lelaki itu teringat akan perbuatannya yang menolong perempuan tua itu dan doa yang tulus ikhlas yang diberikan oleh perempuan tersebut dengan pemberian sedekahnya. Subhanallah....


   

No comments:

Post a Comment