Jadual aku di Jepun (11 Nov - 17 Nov 2016)
Tiket MAS - jam 11.35 KLIA (Jumaat, mlm) - Narita 7.05 am (Sabtu Pagi)
12 Nov (Sabtu)
Narita - Tokyo (Tokyo Station) : By buss at terminal 2 (1000 yen/pax)
* syok bila kita berjalan ikut perancangan sendiri, masa, bajet, lokasi semua kita tentukan ikut keadaan dan keselesaan. Rasa x sempat, kita blh ubah sesuka hati...tak susah jalan di Jepun ni..trust me!
Tokyo Station - Shinjuku Station : By Train , Chuo Line (140 yen/pax)
Shinjuku Station : Pergi beli Hakone Free Pass ( 2day - 5140 yen/pax)
* Hakone Free Pass beli di Shinjuku Station
Shinjuku Station - Hakone Yumoto.
Mulanya nak naik Romance Car (extra caj 890 Yen /pax).tapi tiket dah habis so kena tunggu 1 jam utk tiket seterusnya iaitu pkul 12 lebih...sedangkan waktu tu baru pukul 11. So kami terus naik train biasa ke Odawara. Sampai di Odawara kena tukar train ke Hakone Yumoto. Klau naik Romance Car (reserved seat) akan terus ke Hakone Yumoto.


Tukar train di Odawara ke Hakone Yumoto...punya la ramai umat waktu ni...kalau tak nak sesak...pergi la selain hari minggu...
Dari Hakone Yumoto - Gora (Naik Hakone Tozan Railway).
* keadaan amat sesak pada sabtu dan ahad...so memang mcm ikan sardin....Q pun akan panjang .
Gora Station
Sampai di Gora Station dlm pukul 2.30...mulanya nak terus naik train ( mcm train ke bukit bendera sbb dia mendaki bukit ) ke Sounzan..tapi memandangkan Q yg panjang so kami ambil keputusan utk naik esok pagi. So relax kat Gora Station ..suhu waktu ni mmg sejuk...walaupun pkul 3 ptg....Lps tu terus cari bas utk ke hotel.
*barang kat Jepun ni harga dia standard...kat tempat pelancongan ke, hotel, outlet, tepi jalan dan juga airport..hg sama je..(dari pemerhatian aku la)
* tak de langsung org M'sia yg aku jumpa di Hakone ni...
Gora Station - Hotel B&B Pension Hakone ( naik bas ke Kowakien Yunessum)...dan lepas tu jln kaki ke hotel. So kita tggu kat Bus Stop No 1....aku suka dgn papan tanda di Jepun ni...kalau nak ke Gotemba tguu kat Bus Stop No 2....senang kan
tengah tggu bas (bas stop no 1)
* Hotel B&B Pension ni, hg dia dlm RM 4++ smlm. Tuala kena caj (300 yen) kalau x silap la..toilet dan pantry kongsi. Sarapan pun self service...buat air je la..open kitchen. Lepas tu x de lift...so klau beg besar, bayangkan la nak angkut beg tingkat 3 mcm bilik yg kami dpt. Nasib baik beg 1 je...tak perlu bw baju banyak musin autumn ni...x berpeluh langsung. Recycle je baju...
bilik yg kami duduk di Hakone
view dari bilik...masa ni suhu 5 darjah...pkul 4...dah nak masuk maghrib...
panaskan badan dulu ...mengopi sblm check out
*musim luruh...cuaca cepat gelap...pkul 4 lebih dah magrib dan 5 lebih dah isya'...so planning mesti betul...* tujuan aku pergi Jepun bukan utk shopping...mmg utk berjalan. Shopping klau ada yg berkenan shj...tapi Gotemba dan Karuizawa ada Shopping outlet....kebetulan....
13 Nov (Ahad)
Pkul 6 pagi dah check out (waktu check out, tggalkan aje kunci kat dalam kotak di kaunter...senang je ) sbb dah cerah...so ambil keputusan jln kaki je ke Gora Station sbb smlm x sempat menikmati pemandangan di kawasan ni coz ....byk tempat blh singgah kat kawasan ni ( Hakone Museum, Gora Park dll)...tapi coz nak kejar jadi org pertama naik train ke Sounzan...so kami terus jalan ke Gora Station....masa ni x terasa langsung jln jauh 2 km...coz syok sangat ambil gambar...bila bercakap pun mmg berasap2 mulut ....so dlm pkul 8 kami sampai di Gora Station.


Sampai di Gora Station, Simpan beg dulu (500 yen) kat station tu...dan terus naik train ke Sounzan. ..
Lepas tu tggu naik Hakone Ropeway plak . Dia start pkul 9....so sementara tu menunggu...kita jalan-jalan kat luar ambil gambo la..apa lagi...
Ropeway ni akan singgah di Owakudani...tempat org makan telo hitam....tp aku x mkn...mmg tersangat sejuk kat sini...tapi mmg cuaca yg amat baik..alhamdulillah..so mmg blh nampak gunung fuji...dengan jelas..rezeki jugak dpt tgok gunung Fuji ni....
di Owakudani

Slps Owakudani..sambung balik naik Ropeway hgga ke Togendai

Lake Ashi
Naik kapal lanun ke Moto Hakone....syok naik kapal ni..
*kapal ni akan berhenti di Hakone MAchi Ko dan juga Moto Hakone...terpulang nak turun kat mana. Tp kami turun di Moto Hakone.

Oleh kerana sampai awal di Moto Hakone. dlm pkul 10- 11..so kami decided pergi GPO.
Dari Moto Hakone tggu Bas ke Gora Station.
Dari Gora Station ke Gotemba Premium Outlet.(GPO)..naik bas jugak...(tambag bas ni pun termasuk dlm Hakone Free Pass)
Habis shopping ( dlm pkul 3) balik semula ke Gora Station (ambil beg) sbb nak ke Tokyo (sampai Gora dalam pkul 4 ptg).
GPO ke Gora Station - Hakone Yumoto - Odawara - Shinjuku - Hotel di Tokyo (semuanya perbelanjaan balik dr Hakone ke Tokyo termasuk dlm Hakone Free Pass...mmg jimat).
Sampai di Shinjuku station...cari train utk ke Hotel
Sampai hotel dalam pukul 9.30 mlm...check in...and zzzzzzzzzzzzzz
*Di Tokyo kami duduk di Hotel Sotetsu Fresa Inn Nihombashi Kayabacho ....
Hotel ni banyak jadi pastikan namanya betul takut tersalah jalan macam kami...sesat waktu nak balik ke hotel pada malam terakhir...nak senang sampai hotel, save location jadi senang nak trace balik...
Dari Shinjuku kami ke Hotel yg terletak di Kayabacho ..
*guna je maps utk cari jalan di Jepun ni...mcm kat bawah ni...
based on info di atas...ikut je arahan tu...insyaallah sampai
senang sangat2....
*kat Jepun ni sistematik...tgok simbol, warna, peta...so walau x tau bahasa Jepun, kita x sesat..utk cari jalan pulang...
JR line warna hijau, mesin tiket dan train pun warna hijau
Tozai Line (subway) warna biru , mesin dan train pun warna biru
Ginza Line (subway) warna coklat, mesin dan train pun warna coklat....senangkan!!!!

tgok laluan kat papan tanda ni....

mesin warna biru- Tozai line
Tozai Line - train warna biru
* hotel ni blh dihubungi melalui subway...Tozai line ...turun di station kayabacho...keluar pintu 7.
* bilik dia mmg kecil...nak sembahyangpun atas katil..so klau bertiga nak kongsi bilik tu mmg sempit...hg dalam RM 4++ smlm..bergantung kepada currency..Kami stay 3 mlm ditokyo.



*ada baju tido...so blh pakai...jimat baju

free...blh ambil jika perlu...(lokasi depan kaunter pendaftaran )
sarapan set A dan set B.


*kami x sempat sarapan pun sbb nak kejar jadual train yg plg awal ...hari terakhir baru sempat sarapan.
No comments:
Post a Comment