Sebelum gerak ke Karuizawa, kami pergi ke Shinjuku Station untuk beli JR Tokyo Wide Pass . Harga 10 000 Yen/pax @ RM400 (kadar tukaran waktu tu) ..kanak2 5000 Yen. Kad ni sah untuk 3 hari sahaja...so pandai-pandai la plan..Ia sesuai digunakan untuk short trip di Tokyo @ Kanto Area.

Pas ni melayakkkan kita untuk naik Shinkansen ....dah jimat sangat tu klau guna pas ni...boleh tgok peta atas ni ...mana yg boleh pergi menggunakan Tokyo wide Pass ni.
Kami guna pas ni untuk pergi Karuizawa (isnin), Nikko (Selasa), Jalan2 di Tokyo (Rabu) sebelum gerak ke Narita untuk bermalam disana.
Kalau naik JR pun free je...tunjukkan pass tu kat kaunter so dia akan lepaskan...mudah je...tp utk naik subway...pas ni tak laku yer!
Dari Shinjuku, kami ke Tokyo Station untuk ambil Shinkansen Asama 605 ke Karuizawa...pkul 9.30 pg di Platform no 20.
Karuizawa Prince Shopping Plaza....punya la besar...x larat nak explore. Tapi sempat jugak la merembat kat sini...
kalau naik cuba main ski boleh la ke sini...
satu-satunye jenis kenderaan yg kami x sempat naik....
Kumobo Pond - pergi naik basikal je...banyak syokkk
dengan basikal aku menjelajah
sewa basikal 500 yen sehari
sorang jee....
Asalnya nak pergi ke Shiraito fall...tapi bas lambat..sedangkan train utk balik dah reserved siap2 pkul 3 so..tak sempat la ke sana.

*cadangan : kalau bermalam ni sini lebih baik untuk explore semua tempat....asalnya memang nak bermalam, dah booked hotel ...but last minit terpaksa cancel coz memikirkan perjalanan yang jauh mmg x sempat. Ternyata keputusan last minute itu tepat.
*tak jumpa langsung org Msia di Karuizawa ni....
Balik dari Karuizawa dalam pkul 3...sampai di Tokyo dalm pkul 4.30....so singgah Akihabara ..cuci poket sikit. Kat Akihabara baru jumpa org Msia....
No comments:
Post a Comment